![]() |
|
|
JALAN DA' OMAR, 24000, KEMAMAN, TRG |
Pada hari tersebut, ketibaan Dato Chua Jui Meng telah disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Abd. Razak dan juga Pengarah Hospital Kemaman, To’ Puan Dr. Hajah Rahmah Elias. Beliau telah diberikan penerangan tentang perkembangan bangunan 4 tingkat tersebut, dari mula pembinaan hinggalah keperasmiannya. Secara ringkas bangunan 4 tingkat ini telah mula dibina pada 1 Oktober 1997 dan mula digunakan pada 1 Julai 1999. Pada kemuncak majlis tersebut, Dato Chua Jui Meng telah diiringi oleh Pengarah Kesihatan Negeri serta Pengarah Hospital Kemaman, ke plat penyataan perasmian bagi menarik tirai –menandakan bangunan 4 tingkat Hospital kemaman telah rasmi untuk digunakan. Berikutan majlis perasmian tersebut, Dato Chua Jui Meng telah melawat bilik permainan Wad Kanak-Kanak (Aras 2). Majlis kemudian telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang diadakan di bilik seminar Hospital Kemaman |
![]() Dato' Chua Jui Meng memberi ucapan di majlis Perasmian Bangunan Wad 4 Tingkat
|
>>> Berita Semasa |